fbpx

Hujan sikit, tapi penduduk P. Pinang guna air banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan paras ais terkini di Empangan Teluk Bahang.

GEORGE TOWN – Penggunaan air dalam kalangan penduduk Pulau Pinang lebih banyak berbanding taburan hujan di Empangan Air Itam dan Teluk Bahang, ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, kapasiti efektif bagi dua empangan yang rendah itu merupakan ancaman kepada perkhidmatan bekalan air untuk sejumlah 74,798 pengguna.

Menurutnya, pengguna terlibat adalah di kawasan Air Itam, Farlim, Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dan kawasan berhampiran.

“PBAPP mengakui bahawa paras rendah di dua empangan di Pulau Pinang (Empangan Teluk Bahang dan Air Itam) adalah isu yang membimbangkan.

“Bagaimanapun, pengguna air juga perlu memainkan peranan yang positif dan membina setiap hari untuk mengelakkan kekurangan air di Pulau Pinang.

“Dalam keadaan sekarang, PBAPP meminta sokongan dan kerjasama daripada pengguna air untuk mengurangkan penggunaan air harian,” katanya di sini hari ini.

Empangan Air Itam berkapasiti 2,159 juta liter (JL) memberi perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan kira-kira 28,948 pengguna air di Air Itam, Farlim dan kawasan berhampiran.

Bagi Empangan Teluk Bahang, kapasiti 18,240 JL memberi perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan kira-kira 45,850 pengguna air di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dan kawasan sekitarnya.

Kapasiti efektifnya adalah kira-kira 8.45 kali ganda daripada Empangan Air Itam.

Dalam pada itu katanya, tiada ancaman serta-merta kepada perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 66.7 peratus pengguna air di Pulau Pinang memandangkan paras air Sungai Muda secara relatifnya ‘sihat’ buat masa ini.

Setakat semalam, paras Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang adalah 3.06m (meter) iaitu lebih 1.0m di atas paras selamat 2.0m.

“PBAPP mengabstrak air mentah dari sungai ini setiap hari untuk digunakan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di Seberang Perai Utara (SPU).

“Kira-kira 465,000 pengguna Pulau Pinang mendapat bekalan dari LRA Sungai Dua,
atau sekitar 66.7 peratus daripada pengguna air Pulau Pinang,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI