PETALING JAYA – Jabatan Metrologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda 10 negeri sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dikeluarkan untuk seluruh negeri Perlis.
Cuaca yang sama turut melanda Kedah di Kubang Pasu dan Padang Terap begitu juga di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.
“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga dijangka melanda Terangganu dan juga Pahang (Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin).
“Di Selangor melibatkan beberapa kawasan iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat,” lapor MetMalaysia.
Selain itu, amaran cuaca buruk juga melibatkan Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah)
“Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Tongod dan Telupid) dan Kudat (Kota Marudu),”katanya.-KOSMO! ONLINE