fbpx

Harimau belang berkeliaran di kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR harimau belang yang sering betkeliaran di kebun penduduk di Kampung Setiq, Pos Lejang di Lipis.

LIPIS – Kira-kira 500 orang penduduk Orang Asli bimbang untuk keluar bekerja serta berurusan di luar menggunakan jalan Pos Lenjang berikutan seekor harimau belang berkeliaran di kebun milik seorang penduduk berdekatan Kampung Setiq, Pos Lenjang di sini.

Pemilik kebun berkenaan, Norfini Ajik, 49, berkata, harimau belang berkenaan ditemukan oleh penduduk yang melalui jalan Pos Lenjang berdekatan Kampung Setiq petang semalam.

“Serang penduduk yang sempat merakamkan video dan gambar dari dalam kereta dan mengirimkan kepada saya serta mengingatkan supaya berhati-hati kerana ada haiwan liar berkenaan berkeliaran di sini.

“Ada juga pendiduk yang melalui berdekatan kebun ini untuk ke tempat kerja ternampak harimau belang lalu terpaksa berpatah balik bimbang dengan ancaman harimau liar ini,” katanya di Kampung Setiq dekat sini hari ini.

Menurut Norfini, sejak diberitahu kehadiran harimau belang itu di kawasan kebunnnya, dia tidak berani lagi ke situ untuk menguruskan tanaman pisang, sayuran, kelapa, durian dan beberapa tanaman komersial lain.

Norfini berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat memantau haiwan liar tersebut untuk keselamatan penduduk khususnya mereka yang keluar bekerja dan kenderaan melalui jalan tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI