fbpx

‘Hadiah paling indah’ – Intan Najuwa bakal dapat anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram hari ini.

Katanya, kehadiran bayi perempuan itu bakal menjadi anugerah terindah buat dirinya sekeluarga.

“Kegembiraan bagi 27 dan 365 hari untuk kongsikan mimpi, kegembiraan dan kasih sayang.

“Menghitung hari kegembiraan kami selamanya. Syukur. Ini merupakan hadiah yang terindah apabila kami bakal menimang cahaya mata perempuan,” katanya.

Perkongsian itu lantas meraih perhatian peminat termasuk golongan selebriti dan pempengaruh media sosial seperti Wany Hasrita, Tyra Kamaruzzaman, Shima Anuar dan Ika Nabila.

“Alhamdullah dan semoga dipermudahkan urusan.

“Tahniah buat kalian berdua. Mesti cantik nanti bayi itu nanti. Insya-Allah.

“Memang tekaan yang tepat. Tahniah dapat anak perempuan. Moga cantik seperti mak dia juga,” antara komen peminat dalam Instagram.

Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman, 40, pada 18 Ogos tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI