fbpx

F1: Leclerc terdesak mahu jentera kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC mengakui Ferrari agak ketinggalan dalam beberapa perlumbaan terakhir sehingga gagal memberikan saingan. - AFP

LONDON – Pelumba pasukan Ferrari, Charles Leclerc meluahkan kekecewaannya selepas merasakan pasukannya itu ketinggalan jauh di belakang pesaing utama seperti Red Bull, McLaren dan Mercedes dalam beberapa perlumbaan terakhir.

Walaupun Leclerc dan rakan sepasukannya, Carlos Sainz, masing-masing telah meraih kemenangan Grand Prix musim ini, namun pasukan berpangkalan di Maranello, Itali itu masih belum memiliki jentera yang mampu mencabar kejuaraan.

Justeru, Leclerc berharap pasukannya terus bekerja keras dan dapat membina jentera yang kompetitif agar mereka mampu berada di atas podium semula.

“Kami masih belum mencapai tahap prestasi yang kami harapkan, tetapi kami berusaha keras untuk memperbaikinya. Saya percaya masa depan kami cerah dengan usaha yang kami lakukan setakat ini.

“Namun, dalam situasi sekarang, saya benar-benar berharap kami mempunyai jentera yang kompetitif sekali gus mencipta kemenangan.

“Matlamat saya, bersama Ferrari, adalah untuk menjadi juara dunia Formula 1 dan itu sahaja. Saya mahu gelaran tersebut ketika bersama Ferrari dan buat masa ini, saya hanya fokus ke arah itu,” kata Leclerc.

Sainz telah melakar kemenangan di Australia dan Leclerc pula berjaya menunaikan impiannya apabila meraih kemenangan di laman sendiri Grand Prix Monaco.

Bagaimanapun, dalam beberapa perlumbaan terakhir, McLaren dan Mercedes telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila melakar kemenangan sekali gus dilihat menjadi pesaing terdekat Red Bull. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI