fbpx

Cuaca buruk di Kedah, Pulau Pinang, Perak berlanjutan hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Cuaca buruk yang dilaporkan melanda beberapa kawasan sekitar utara Semenanjung sejak pagi tadi dijangka berlanjutan hingga pukul 4 petang, hari ini.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, hujan lebat, ribut petir dan angin masih berpotensi melanda negeri Kedah (Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta seluruh kawasan Pulau Pinang.

Selain itu, beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim juga berdepan cuaca buruk yang sama petang ini.

“Hujan lebat berserta ribut petir turut melanda Kelantan (Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron).

“Di Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Tampin), seluruh negeri Melaka dab Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” lapor MetMalaysia.

Dalam laporan sama, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di Sarawak meliputi kawasan Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), manakala bagi negeri Sabah pula adalah sekitar Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI