fbpx

57 busana angkat tema Malaysia, kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA busana bertemakan merdeka dan Malaysia yang diperagakan pada KLFW 2024.

PENGANJURAN Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2024 yang dibuat menjelang sambutan Hari Kebangsaan dilihat sebagai peluang buat pereka fesyen tanah air untuk mempersembahkan koleksi yang bertemakan hari bersejarah itu.

Label fesyen, Behati yang cukup terkenal dengan rekaan penuh unik tahun ini tampil dengan koleksi Hari Kebangsaan yang diperagakan di pentas pertunjukan fesyen itu baru-baru ini.

Pengarah Kreatif Behati, Kel Wen memberitahu, ini merupakan tahun kedua jenama itu mempertaruhkan koleksi Hari Kebangsaan.

Sebanyak 57 busana dipersembahkan pada acara itu sebagai mewakili tahun kemerdekaan negara iaitu 1957.

“Koleksi ini cukup istimewa buat saya kerana buat pertama kalinya, saya menggabungkan pakaian dan elemen yang ada pada budaya penduduk di negara ini dalam menghasilkan satu koleksi yang menarik.

“Sebagai contoh, bagi salah satu busana yang dipentaskan, saya menggunakan fabrik sari yang diolah menjadi pakaian tradisional kaum Cina di negara ini.

“Ini sebagai melambangkan bahawa pada akhirnya, kita semua adalah satu dan saya mahu semua orang juga boleh melihat betapa indahnya tradisi yang ada di negara ini,” katanya.

Kel Wen juga menterjemah setiap busana dengan begitu baik, sesuai dengan tema dan erti sebenar kemerdekaan.

Busana diinspirasikan daripada kerusi malas warna-warni, item wajib di rumah di Malaysia.

Bahkan, label Behati juga cukup terkenal dalam sentiasa memupuk semangat cintakan negara kalangan peminatnya menerusi rekaan pakaian tradisional seperti kebaya, sari dan ceongsam yang diberi sentuhan unik.

Menerusi koleksi terbaharu ini, Kel Wen berjaya menonjolkan budaya masyarakat Malaysia dengan begitu kreatif menerusi setiap busana yang dihasilkannya.

Antaranya termasuk busana ceongsam diperbuat daripada fabrik sari, dres digayakan bersama sebilah keris, busana yang diinspirasikan daripada uniform pegawai polis, anggota bomba dan pekerjaan-pekerjaan di Malaysia, busana inspirasi pekerja restoran mamak PELITA, busana inspirasi kru kabin pesawat Malaysia Airlines dan juga busana yang diinspirasikan daripada kerusi malas warna warni yang merupakan item wajib ada di rumah kebanyakan rakyat Malaysia.

“Kerusi malas itu adalah sesuatu yang saya lihat ada di rumah hampir setiap orang, tanpa mengira kaum.

“Justeru, saya menjadikannya sebagai salah satu inspirasi dan menghasilkan sehelai dres warna-warni yang bagi saya cukup melambangkan Malaysia,” katanya.

Ujar jejaka berusia 29 tahun itu lagi, bagi busana petugas barisan hadapan negara pula, ia dihasilkan Kel Wen sebagai ucapan terima kasihnya kepada pasukan tersebut yang telah bekerja keras ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

“Koleksi merdeka pertama Behati adalah pada 2020 yang mana ketika itu dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.

“Oleh itu, bagi koleksi kali ini, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah bekerja keras buat negara ketika negara sedang berperang dengan pandemik itu dengan menghasilkan busana ini sebagai tribut buat mereka,” katanya.

Kel Wen berharap dengan koleksi dipentaskan itu, ia akan menggalakkan lebih ramai pereka fesyen lain untuk mengambil inspirasi daripada sejarah dan warisan budaya Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI