fbpx

Buruh kontrak lemas di Air Terjun Sekayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Yaar yang maut akibat lemas di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kegembiraan dua buruh kontrak warga asing beriadah selepas selesai melakukan kerja penyelenggaraan berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu di sini semalam.

Mayat Yaar Mohamad Rahmatullah, 21, yang merupakan etnik Rohingya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 9.25 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, insiden lemas itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.30 petang semalam.

Beliau berkata, sebelum kejadian, Yaar dan seorang rakan sekerjanya melakukan kerja-kerja membaiki tandas awam yang terdapat di dalam hutan lipur berkenaan.

“Mereka kemudiannya turun mandi di kawasan air terjun itu selepas tugasan selesai.

“Tidak lama kemudian hujan lebat turun sebelum berlaku pula kejadian kepala air yang menyebabkan mangsa dan rakan sekerja tergelincir sewaktu mahu menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri namun Yaar terus dihanyutkan kepala air tersebut.

Tambah beliau, mayat lelaki tersebut ditemui anggota pasukan SAR kira-kira 500 meter dari lokasi dia tergelincir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI