fbpx

79 mangsa banjir kilat akibat hujan lebat, air pasang besar dipindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk Kampung Huma yang dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Sungai Pial, Sungai Petani pada petang tadi.

SUNGAI PETANI – Seramai 79 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka di Kampung Huma di Merbok, di sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan air pasang besar pada petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata, PPS Dewan Kampung Sungai Pial dibuka pada pukul 6.30 petang tadi.

“Banjir kilat dengan kedalaman kira-kira 0.5 meter berlaku disebabkan hujan lebat dan fenomena air pasang besar. Kejadian kira-kira pukul 3.45 petang tadi itu menyebabkan kerosakan harta benda mangsa.

“Keadaan banjir ketika ini telah surut dan tiada hujan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI