fbpx

3 pelajar hilang perahu tambang karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR sedang dijalankan yang turut dibantu penduduk kampung.

LUNDU – Tiga pelajar hilang selepas perahu tambang dinaiki mereka bersama 20 yang lain karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa yang hilang dalam kejadian pada pukul 6.10 pagi itu terdiri daripada dua perempuan berusia 14 dan 17 tahun serta seorang lelaki berusia 15 tahun.

Seramai 15 lagi yang selamat terdiri daripada tujuh remaja lelaki, lapan remaja perempuan, seorang wanita dewasa dan pengemudi bot.

“Kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pergi ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, Lundu,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Justeru, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang digerakkan di lokasi tersebut namun setakat ini, kesemua mangsa masih belum dijumpai.

Operasi SAR tersebut turut dibantu penduduk kampung yang menggunakan bot masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI