fbpx

Thaqwa bayar Astro RM221,773.20 guna siaran tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebuah syarikat rangkaian restoran nasi kandar terkenal bersetuju untuk membayar RM221,773.20 kepada anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, Measat Broadcast Systems Sdn Bhd kerana melanggar syarat langganan dengan menyiarkan siaran Astro secara tidak sah di beberapa cawangan restoran milik syarikat terbabit.

Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata, syarikat rangkaian restoran nasi kandar berkenaan, Thaqwa (Malaysia) Sdn. Bhd. (Thaqwa) yang hanya mempunyai langganan sah untuk dua premis sahaja, telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro.

Katanya, selain daripada pembayaran pampasan, Thaqwa turut bersetuju untuk memastikan langganan Astro miliknya hanya digunakan di lokasi yang dibenarkan bagi menghormati hak cipta dan harta intelek Astro.

“Astro sangat komited dalam usaha memerangi cetak rompak digital kerana kami tahu betapa besar kesannya kepada industri media dan kreatif.

“Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan melindungi hak harta intelek, Astro membantu memastikan para pencipta dan artis mendapat ganjaran yang adil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, usaha itu penting untuk memastikan industri berkenaan terus hidup dan berkembang, membuka ruang untuk idea dan pengisian baru.

“Di Malaysia, adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana premis komersial untuk menayangkan penyiaran kepada orang awam jika pengisian tersebut diambil secara tidak sah.

“Ini termasuklah penyiaran rancangan Astro tanpa lesen komersial yang sahih,” katanya.

Kes melibatkan rangkaian restoran Thaqwa itu adalah salah satu daripada kebanyakan kes yang sedang dikendalikan oleh Astro bagi melindungi hak harta intelek miliknya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang individu berusia 22 tahun di Ipoh didenda RM10,000 pada Februari lalu selepas mengaku bersalah menjual kotak Android yang telah dimuatkan dengan pengisian Astro secara haram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI