fbpx

‘Terima kasih terima Miera sebagai menantu Umi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kekasih Nidza Afham iaitu Miera berkata, bukan mudah untuk 'move on' daripada berita pemergian cinta hatinya.

PETALING JAYA – Teman wanita penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Hazmiera Amrisya mengakui masih berusaha untuk menerima kenyataan atas pemergian kekasihnya.

Menurut Hazmiera, dia masih tercari-cari cara untuk ‘move on’ dan berharap masa sahaja dapat mengubati segala kesedihan yang dirasai ketika ini.

“Sayang, awak bergembiralah di sana ya, nanti kita jumpa.

“Saya taktahu sebenarnya macam mana nak ‘move on’ daripada semua ini. Mungkin masa akan mengubati,” katanya dalam InstaStory.

Tambah Hazmiera, segala kasih sayang yang diberikan Afham kepadanya sebelum ini cukup membahagiakan dan menjadi kenangan indah buat dirinya.

“Tapi kesetiaan, kasih sayang, kebaikan, usaha sayang tak dapat saya katakan apa-apa lagi.

“Semuanya cukup dan bahagia untuk saya kenang.

“Saya cuma teman wanita yang cuba buat terbaik dan berikan segala yang termampu untuk teman lelakinya, sayang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada keluarga khususnya ibu Afham iaitu Irni Yusnita kerana melayannya dengan baik meskipun tidak sempat mendirikan rumah tangga dengan Afham seperti yang dirancang.

Hazmiera turut mendoakan agar roh Afham tenang dan bahagia di alam abadi.

“Saya yakin, sayang dah gembira dekat sana. Saya bahagia, kalau sayang bahagia.

“Terima kasih Umi terima Miera sebagai menantu Umi.

“Sayang tolong doakan untuk saya dekat sini juga okay? Saya cintakan awak sayang,” ujarnya.

Difahamkan, Afham dan Hazmiera dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dan perkara itu didedahkan ahli keluarga yang menemui nota mengenai perkahwinan dalam telefon bimbit arwah.

Semalam, pihak polis memaklumkan sedang menyiasat sama ada kematian Afham mempunyai kaitan dengan unsur jenayah, masalah peribadi atau mental.

Pada 15 Ogos, mayat Afham ditemui pemancing kira-kira pukul 7 malam iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi dilaporkan hilang di Jambatan Kota, Klang.

Hasil bedah siasat, punca kematian dikasifikasikan sebagai mati mengejut dan tubuh badan Afham tidak mempunyai sebarang kecederaan.

Jenazah kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI