fbpx

Suspek kes bunuh kanak-kanak Orang Asli direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki disyaki ada kaitan dengan penemuan mayat Nuraina di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput Sabtu lalu dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

SUNGAI SIPUT – Suspek yang ditahan berhubung kematian anak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang disyaki dibunuh direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes.

Suspek itu yang berusia 17 tahun telah ditahan oleh pihak polis pada petang semalam susulan penemuan mayat kanak-kanak tersebut pada petang Sabtu.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 25 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyifa Redzuan terhadap suspek bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Sungai Siput pada 8.30 pagi berbaju T diiringi oleh anggota polis.

Menurut kenyataan polis semalam, hasil siasatan awal mendapati tempat terakhir kanak-kanak tersebut kelihatan adalah di Surau Madrasah Darulsalam yang jaraknya kurang 100 meter dari rumah keluarganya.

Mayat mangsa telah dijumpai oleh pihak polis pada jam lebih kurang 4.20 petang Sabtu, dalam keadaan terbaring di kawasan paya, Kampung Bersah, Kampung Kuala Mu, Sungai Siput.

Pihak polis difahamkan oleh keluarga mangsa bahawa Nuraina Humaira yang merupakan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu juga mempunyai masalah pendengaran dan lembam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI