fbpx

Sukma 2024: ‘Raja pecut’ milik atlet Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANISH Iftikhar muncul menjuarai acara 100m lelaki untuk dinobatkan selaku 'raja pecut' pada edisi Sukma kali ini.

KUCHING – Pelari Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee muncul pelari terpantas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak selepas dinobatkan sebagai juara acara 100 meter (m) di Stadium Sarawak, sebentar tadi.

Perlumbaan berlangsung sengit, namun Danish berjaya melengkapkan momentum larian dengan lebih sempurna untuk menamatkan larian dengan catatan 10.53 saat.

Pingat perak dimenangi oleh Danish Irfan Tamrin dari Selangor manakala wakil Muhammad Efrain Feerzan Qhan Mohd Yazid ketiga (10.66s)

Dalam saingan wanita, pelari Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal menepati ramalan apabila muncul juara 100m wanita selepas merekodkan catatan 11.64s.

NUR Afrina Batrisyia berjaya mengungguli acara 100m wanita termasuk memperbaharui rekod kejohanan.

Catatan itu turut memperbaharui rekod Sukma yang dipegang Azreen Nabila Alias dari Terengganu yang mencatat 11.81 ketika edisi 2016 di Perak.

Pingat perak acara itu dimenangi pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira yang mencatat 11.90s manakala gangsa diraih wakil Sarawak. Ormilla Octavia Codday Nyadau dengan catatan 12.19s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI