fbpx

Sukma 2024: Qistina leburkan tiga rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATLET angkat berat Perak, Qistina Qharisya memecahkan tiga rekod kebangsaan untuk memenangi pingat emas kategori 45kg. MSN Perak

KUCHING – Atlet angkat berat Perak, Qistina Qharisya Suffia Mohd Muzani cipta sensasi apabila memecahkan tiga rekod kebangsaan kategori 45 kilogram (kg) wanita di Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Qistina yang baharu berusia 19 tahun memecahkan rekod acara snatch dengan angkatan 65kg, clean and jerk 79kg seterusnya mendominasi podium dengan angkatan keseluruhan 144kg.

Catatan itu memadamkan rekod lama milik Nurul Afiqah Zamzuri, snatch 59kg, 77kg clean and jerk dan keseluruhan 136kg yang dilakukan pada Sukan SEA Filipina 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI