fbpx

Suami isteri antara tujuh ditahan, dadah bernilai RM10 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR menunjukkan peralatan membuat dadah yang dirampas bersama rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM10 juta pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri antara tujuh ahli sindiket pengedaran dadah yang ditahan polis Johor bersama dadah bernilai lebih RM10 juta menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada 12 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua suspek ditahan terdiri daripada lima lelaki warga tempatan serta dua wanita asing berusia antara 22 hingga 38 tahun.

Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam serbuan dijalankan bermula pukul 12.30 tengah hari sehingga 2 petang di dua unit pangsapuri dan sebuah rumah teres.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan rumah kediaman sewa di kawasan komuniti ‘gated and guarded’ sebagai lokasi proses dan pembungkusan sebelum diedar ke pasaran.

“Antara dadah dirampas termasuklah 59,627 gram (g) serbuk ekstasi, 93.40g ketamin, 79g pil ekstasi, 103.1g pil Eramin 5 dan 41g ganja bernilai RM10,001,122,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Semakan mendapati tiga suspek mempunyai rekod kes jenayah dan dadah. Ujian urin menunjukkan enam daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan benzo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI