fbpx

[VIDEO] Suami, ibu tidak sanggup lihat jenazah Istiqomah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHARI ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Melaka, hari ini.

MELAKA – Ibu dan suami kepada guru yang dibunuh kejam, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, tidak sanggup melihat jenazah Allahyarhamah pada proses tuntutan di Unit Forensik Hospital Melaka, hari ini.

Situasi hiba itu dikongsikan oleh Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah yang turut hadir berjumpa dengan ahli keluarga mangsa.

“Alhamdulillah waris dapat terima seadanya, sebaiknya selepas diterangkan bagaimana keadaan jasad, walaupun ibunya nampak sedih.

“Waris termasuk ibu dan suaminya diberi peluang oleh pihak hospital untuk melihat jasad, tetapi mereka tidak sanggup,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Melaka, hari ini.

Tambahnya, jenazah Istiqomah dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan selepas waktu solat Zohor untuk dikebumikan.

Kosmo! hari ini melaporkan jenazah Istiqomah diserahkan kepada waris dalam keadaan tidak sempurna tanpa kaki dan tangannya.

Ashari berkata, perkara itu telah pun dimaklumkan kepada waris sebelum proses tuntutan jenazah dibuat hari ini.

“Ada lagi bahagian (anggota badan) yang belum jumpa, jenazah bukan dalam keadaan sempurna hanya bahagian yang ditemui di peringkat awal dan kedua sahaja diserahkan kepada waris,” katanya.

Jelasnya, penemuan peringkat awal adalah anggota badan tanpa kepala, kaki dan tangan yang ditemui pada 31 Disember lalu, manakala kepala dan tulang jari mangsa ditemukan selepas penangkapan suspek pada 5 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI