fbpx

Suami Cikgu Istiqomah bawa tiga anak tuntut jenazah ‘mama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARIS Istiqomah termasuk suami dan tiga anaknya memenuhi pekarangan Unit Forensik Hospital Melaka bagi menuntut jenazah Allahyarham.

MELAKA – Suami guru yang dibunuh kejam, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, tiba di Unit Forensik Hospital Melaka di sini bagi proses tuntutan jenazah.

Mohd. Yusoff Mokhtar, 35, dilihat hadir kira-kira pukul 11.40 pagi tadi dengan membawa bersama tiga anaknya berusia 4, 6, dan 9 tahun.

Turut hadir di lokasi adalah Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah.

Terdahulu, jenazah Istiqomah disimpan di unit forensik itu selama lapan bulan sepanjang siasatan dilakukan oleh pihak polis selepas penemuannya pada 31 Disember tahun lalu.

Jenazah Istiqomah ditemui dalam keadaan tragis apabila disumbat di dalam tong sampah di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang dalam keadaan tanpa kepala, tangan dan kaki.

Penahanan suspek pada 5 Ogos lalu membawa kepada penemuan kepala dan tulang jari Istiqomah yang dibuang pada jarak antara lima hingga enam kilometer dari lokasi badannya ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI