fbpx

Sindiket tipu warga China tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin bercakap pada pemberita pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) melumpuhkan sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen dengan menyasarkan warga China bagi mendapatkan kemudahan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk tinggal lebih lama di negara ini.

Sindiket itu ditumpaskan dalam operasi khas di tujuh lokasi di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan, Khamis lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi itu dijalankan di Cheras, Mid Valley City, Desa Pandan, Taman Midah, Sungai Besi di Kuala Lumpur selain Sepang, Selangor serta Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Menurut beliau, pihaknya menjalankan risikan selama dua minggu dan berjaya menahan seramai lapan individu berusia 33 hingga 53 tahun.

Mereka terdiri daripada empat lelaki tempatan dengan dua daripada mereka adalah dalang utama selain dua wanita China yang disyaki bertindak sebagai ahli sindiket.

Turut ditahan lelaki China dipercayai pelanggan dan wanita Filipina yang merupakan amah dalang utama. Modus operasi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan mendapatkan kemudahan imigresen.

“Sindiket ini menyasarkan warga China yang ingin mendapatkan kemudahan PLS jangka panjang dan jangka pendek untuk tinggal lebih lama di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Sindiket menggunakan aplikasi WeChat dan media sosial untuk mempromosikan perkhidmatan mereka bermula RM1,200 bagi kemudahan pas khas sehingga mencecah RM15,000 bagi kemudahan PLS jangka panjang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI