fbpx

Selangor akui Faisal belum bersedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL (kanan) diturunkan dalam kesebelasan utama Pilihan Selangor ketika menewaskan Pilihan Singapura 2-1 pada aksi Piala Sultan Selangor 2024 kelmarin.

AKSI Pestabola Merdeka 2024 yang dijadualkan berlangsung 4 hingga 8 September depan dianggap terlalu awal buat pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim kerana masih belum cergas sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, biarpun pemain yang lebih dikenali dengan panggil Mickey itu sudah mula beraksi, namun tahap kecergasannya belum mencapai 100 peratus.

Selain itu, beliau juga percaya pemangku ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente pastinya mahu menilai terlebih dahulu prestasi Faisal sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan kemungkinan Faisal tidak akan dipanggil bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi saingan Pestabola Merdeka 2024 yang turut disertai Tajikistan, Lebanon dan Filipina.

“Untuk saya, kalau (Faisal) dipanggil, kita perlu tunggu dan lihat. Buat masa sekarang, kalau ketua jurulatih (Vicente) tidak panggil, kita tidak perlu buat sebarang perbincangan mengenainya.

“Kita tengoklah keputusannya nanti, beliau juga mungkin nak tengok dahulu prestasi (Faisal) bersama Selangor. Buat masa ini, saya fikir ia terlalu cepat buat Faisal (menyertai skuad kebangsaan),” katanya.

Tambah Johan, walaupun Faisal dilihat dapat bermain seperti biasa, namun pada hakikatnya pemain kelahiran Pulau Pinang itu belum cergas sepenuhnya selepas berehat selama tiga bulan ekoran tragedi hitam yang menimpanya.

“Dari mata kasar kita yang menonton, boleh nampak Mickey belum berada di tahap tertinggi, mungkin 60 peratus sahaja. Banyak perkara perlu dipertimbangkan, termasuk bagaimana reaksi Mickey terhadap cabaran-cabaran dilakukan terhadapnya.

“Dia sudah sembuh tetapi jisim ototnya belum 100 peratus, ada kekurangan lagi. Bagaimanapun, kami tahu dia seorang pejuang dan nak bermain secepat mungkin, sebab itulah pasukan memenuhi hajatnya, namun tetap berwaspada,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI