fbpx

Saya kehilangan seorang sahabat dan rakan seperjuangan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ditemui pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Rozaid di Masjid Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi ini. - Foto oleh MUHAMMAD ILHAM SYIR’ABBASY ZAKARIA / KOSMO!

SUBANG JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Allahyarham Rozaid Abdul Rahman sebagai satu kehilangan buat dirinya.

Menurut Anwar, Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) itu sahabat seperjuangan yang telah lama beliau kenali.

“Kita kehilangan sahabat dan keluarga kerana Rozaid adalah kenalan lama sejak dia di media. Bapanya teman rapat di Permatang Pauh dan pernah jadi Ahli Dewan Undangan Negeri.

“Beliau tonggak daripada segi strategi menyantuni media dan berikan pendekatan yang baik ketika di pejabat PM,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan ziarah terhadap jenazah Allahyarham di Masjid Putra Heights pagi ini.

Rozaid, 59, dilaporkan meninggal meninggal dunia petang semalam di rumahnya di Putra Heights akibat masalah jantung.

Jenazahnya disolatkan di Masjid Putra Heights kira-kira pukul 10 pagi tadi dan akan dikebumikan di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau dan keluarganya secara peribadi mendoakan kepada Allah S.W.T supaya roh Rozaid dicucuri rahmat.

“Saya mohon isterinya dan keluarganya sabar dan saya secara peribadi kehilangan sahabat dan rakan seperjuangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI