fbpx

Sajian minum petang berkonsepkan taman bunga di Grand Hyatt KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajian minum petang lazat berkonsepkan bunga segar dan daun hijau segar menyajikan pengalaman berharga kepada pengunjung.

PETALING JAYA – Bagi mereka yang suka kepada bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan hijau dan mahu menjamu selera dalam keindahan taman unik yang direka bersesuaian dengan tema minum petang, Grand Hyatt Kuala Lumpur (KL) adalah destinasi utama yang secocoknya. 

Bertemakan, The Grand Garden Tea Party di restoran Thirty8 di hotel berkenaan, pengunjung boleh menikmati set minum petang yang bakal memukau cita rasa dan pengalaman mereka dengan berlatarbelakangkan pemandangan panorama Kuala Lumpur yang menakjubkan daripada restoran tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh The Grand Hyatt KL, gabungan menu lazat tersebut adalah hasil idea kerjasama  Ketua Pastri Cef Low Kin Kang dengan Ketua Eksekutif Pastri Hyatt Asia Pasifik dari Park Hyatt Tokyo, Cef Julien Perrinet. 

Pastinya dengan sentuhan unik daripada cef berpengalaman tersebut, pengunjung yang membuat tempahan untuk menikmati sajian minum petang istimewa bakal memanfaatkan pengalaman yang berharga itu.

Bagi hidangan pembuka selera, pengunjung akan menikmati menu Mousse Ayam dan Truffle Hitam yang digandingkan dengan labu heirloom, nasturtium, dan biskut bit. 

Kemudian pengunjung dihidangkan dengan menu utama iaitu Tasmanian Petuna Trout Confit yang mempunyai tekstur lembut yang dipadankan dengan krim kelapa-limau, crème fraiche, jeruk cucamelon, bronze fennel dan biskut sable teh hijau serta kastard jagung putih dari Cameron Highlands dipadankan dengan serbuk kucai dan bawang yang di panggang memberikan pengalaman rasa yang unik. 

“Sajian makanan laut, filet Ikan Siakap Kukus yang disertai dengan tauhu lembut, bunga kantan, dan sos cili-serai adalah menu wajib dicuba pengunjung,” jelasnya. 

Restoran tersebut menawarkan Kataifi gulung ayam yang rangup dihiasi dengan daun ketumbar, serdak bawang putih dan sos Sichuan pedas memberikan sensasi rangup dan pedas yang menyelerakan.

Menu berinspirasikan taman ini berharga dari RM128 seorang pada hari Isnin hingga Jumaat dan RM158 seorang pada setiap hari Sabtu dan Ahad, disediakan setiap hari dari jam 12:00 PM hingga 5:00 PM.

Hidangan minum petang ini tidak lengkap dengan menu pencuci mulut dan para cef telah menyediakan  Flower Pot, yang diperbuat dari coklat badam dan mousse strawberi-basil manakala bagi penggemar tegar coklat, Valrhona Chocolate Lolly yang dihiasi dengan streusel dan feuilletine coklat adalah sajian yang istimewa dan tidak dapat dilupakan. 

Bagi sajian yang menggabungkan krim kelapa dan limau, jem manga dan kacang hazel, The Daisy akan memberikan sentuhan rasa tropika, manakala Cassis Flower yang terdiri daripada krim vanila, jem plum dan teh matcha financier memberikan sentuhan elegan untuk set minum petang ini. 

Selain  hidangan pencuci mulut yang manis, para tetamu juga boleh menikmati wholemeal scones bersama krim Cornish dan pelbagai jem, serta kek Yuzu dengan jeli limau gedang. 

Untuk melengkapkan lagi pengalaman minum petang, para tetamu boleh menikmati aiskrim dengan perisa mangga buah markisa dan pisang yang dihidangkan dalam kon wafel rangup. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI