fbpx

Rider 17 tahun rompak kedai emas demi sara isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja tersebut berdepan empat pertuduhan jenayah. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang remaja berusia 17 tahun diberkas selepas melarikan seutas gelang  tangan berharga 200,000 baht (RM25,458) dari sebuah kedai emas di Ratchada, Bangkok, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian semalam, suspek yang memakai topi dan pelitup muka pada awalnya menyamar sebagai pelanggan.

Dia berpura-pura mahu melihat gelang emas ketika dilayan oleh seorang pekerja.

Namun, sikapnya yang mencurigakan termasuk tangannya menggigil ketika memegang gelang tangan membuatkan pekerja menyuruh suspek membuka pelitup muka.

Suspek dengan segera melarikan diri dengan seutas gelang emas berharga 206,500 baht (RM26,286) sebelum dia kembali ke premis itu sambil membawa sepucuk pistol.

Dia melepaskan dua das tembakan, namun gagal mengenai sesiapa. Suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal.

Polis kemudian mengenal pasti suspek sebagai remaja berusia 17 tahun sebelum menangkapnya pada hari yang sama.

Selepas disoal siasat, suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan mengakui dia terpaksa merompak untuk menyara isteri dan anaknya yang berusia setahun.

Suspek juga mendedahkan mempunyai konflik dengan ibunya yang menuduh dia tidak mampu menyara keluarga.

Dia kini berdepan empat dakwaan iaitu menggunakan senjata api untuk melakukan jenayah, cubaan membunuh, membawa senjata api di tempat awam dan memiliki senjata api tanpa kebenaran. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI