fbpx

Piala FA: Menang atau kalah, Johor tetap cuti Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan JDT merupakan juara bertahan Piala FA selepas menewaskan KL City musim lalu. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU – Walau apa pun keputusan perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor FC dalam pentas akhir Piala FA, Sabtu ini, tanggal 25 Ogos (Ahad) diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di seluruh rakyat di negeri ini.

Berita menggembirakan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.

Menurut Onn Hafiz, pengisytiharan hari cuti peristiwa itu turut mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga merupakan pemilik kelab JDT.

Sehubungan itu, Onn Hafiz mengajak rakyat di negeri ini membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memberikan sokongan tak belah bahagi buat skuad Harimau Selatan yang memburu kejuaraan Piala FA buat tiga tahun berturut-turut.

“Kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad (25 Ogos) sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sebagai tanda penghargaan buat ‘Pemain ke-12’ pasukan JDT dalam Piala FA 2024.

“Marilah kita ramai-ramai turun bersama membanjiri SNBJ, Sabtu ini memberikan sokongan padu kepada JDT yang kita sayangi dalam mempertahankan kemenangan Piala FA 2024 ini,” ujarnya.

Menurut Onn Hafiz, JDT telah memenangi Piala FA sebanyak tiga kali iaitu pada 2016 dan dua kali berturut-turut pada tahun 2022 dan 2023.

“InsyaAllah Bangsa Johor, ayuh kita pastikan tahun ini JDT mempertahankan kejuaraan untuk mencipta rekod hatrik kemenangan Piala FA,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI