fbpx

Petai sumber antibiotik semula jadi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petai mengandungi banyak bahan berkhasiat terutama dalam kulitnya.

PETALING JAYA – Kajian menunjukkan petai boleh merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya setara dengan antibiotik.

Saintis Utama di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi berkata, bahan antibakteria dalam petai dikenali sebagai polisulfida.

“Terdapat kajian menunjukkan petai boleh bertindak sebagai antidiabetes, antikanser, antiradang dan boleh membantu menurunkan kolesterol (disebabkan kehadiran bahan faitosterol).

“Bahan berkhasiat faitosterol ini banyak dalam kulit petai, justeru petai seeloknya dimakan bersama kulitnya.

“Walau bagaimanapun, kandungan potasium dalam petai agak tinggi, oleh itu pesakit buah pinggang perlu hadkan penggambilannya,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Tambah beliau, polisulfida (bahan sulfur) juga merupakan bahan berbau dalam petai.

“Untuk kurangkan air kencing berbau, minumlah susu segar selepas makan petai.

“Petai juga elok direbus dahulu sebelum dimakan untuk kurangkan baunya,” katanya.

Jelas beliau, makan petai dalan kuantiti yang banyak juga boleh menyebabkan kembung perut dan panas badan disebabkan oleh kandungan sulfur.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI