fbpx

Penderma darah A, B, O negatif diperlukan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Orang ramai yang berdarah kumpulan A, B dan O negatif diminta tampil dengan kadar segera untuk menderma bagi mengatasi keperluan bekalan darah yang semakin meningkat.

Menerusi hantaran di Facebook Pusat Darah Negara, selain kumpulan tersebut, permintaan bekalan darah O+ dan A+ juga semakin meningkat dan mencabar.

Katanya, peningkatan kes pembedahan dan kecemasan akibat pendarahan menyebabkan bekalan stok darah kumpulan-kumpulan terbabit semakin merosot.

“Minggu ini permintaan darah O+ dan A+ terus meningkat dan mencabar. Berganti-ganti ‘marathon’ panggilan telefon doktor kami terima.

“Banyak peningkatan kes pembedahan, kecemasan akibat pendarahan disamping kegunaan pesakit yang memerlukan darah secara berkala seperti pesakit talasemia dan pesakit kanser,” tulisnya.

Bagaimanapun katanya sistem darah ini hanya menunjukkan paras stok di Pusat Darah Negara di mana bekalan akan diagihkan ke hospital-hospital di kawasan Lembah Klang.

Dalam pada itu, statistik pendermaan darah yang dikeluarkan Pusat Darah Negara menunjukkan sebanyak 104,757 unit jumlah keseluruhan penderma darah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Sebanyak 60,835 unit daripadanya adalah pendermaan darah dalam kalangan belia manakala sebanyak 101,722 unit jumlah pendermaan secara utuh.

Bagi jumlah pendermaaan darah aferesis pula adalah sebanyak 3,035 unit.

“Terima kasih para Adiwira Darah dan Penganjur Kempen Derma Darah yang menjalankan tanggungjawab sosial dan sentiasa berdedikasi dalam memastikan stok bekalan darah untuk pesakit berterusan.

“Dermalah darah secara konsisten. Sila layari www.pdn.gov.my untuk maklumat terkini lokasi pendermaan darah sekitar Lembah Klang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI