fbpx

Pemandu ‘King’ biru lawan arus diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah kereta Perodua Myvi biru yang memandu secara melawan arus di Jalan Masjid Negeri, Sabtu lalu.

GEORGE TOWN – Polis telah mengambil keterangan seorang pemuda yang tular memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru secara melawan arus di Jalan Masjid Negeri di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, pihaknya terkesan dengan satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 39 saat menerusi halaman X berhubung kejadian itu, kira-kira pukul 3 petang, semalam.

“Rakaman video tersebut memaparkan kejadian sebuah kereta dipandu secara melawan arus. Hasil semakan mendapati, kejadian berlaku pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 4.48 petang di Jalan Masjid Negeri.

“Susulan daripada itu, pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an telah dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan rakaman video berkenaan,” katanya.

Menerusi video tular itu, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru dipandu dalam keadaan melawan arus di kawasan jalan yang sibuk.

Bagaimanapun, tiada kejadian yang tidak diingini apabila pemandu kenderaan lain dilihat memandu perlahan dan mengelak daripada bertembung dengan kereta Perodua Myvi itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI