fbpx

Pemancing pengsan ditampar paus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paus tersebut melanggar bot mangsa sebelum libasan ekornya menyebabkan dia tidak sedarkan diri. - Getty Images

BRISBANE, AUSTRALIA – Seorang pemancing pengsan selepas ditampar pada muka oleh ekor paus, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Mangsa turut cedera parah susulan pertembungan dengan mamalia itu di luar pantai Gold Coast di negeri Queensland, Australia. 

Paus tersebut melanggar bot mangsa sebelum libasan ekornya menyebabkan lelaki berusia 40 tahun itu tidak sedarkan diri. 

Rakannya yang juga berada di atas bot ketika kejadian bertindak menghubungi perkhidmatan kecemasan. Mangsa kemudian dia dibawa ke hospital terdekat.

Menurut Perkhidmatan Kecemasan Queensland, lelaki itu berada dalam keadaan stabil tetapi ingatannya masih kabur. 

Sementara itu, anggota pasukan penyelamat Marin New South Wales, John Murray berkata: “Saya melakukan pekerjaan ini selama 22 tahun dan tidak pernah melihat ikan paus melanggar seseorang di dalam bot yang tidak bergerak.”  – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI