fbpx

Pegawai urus pembelian aset ATM akan ditukar setiap tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled berucap pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sistem penggiliran setiap tiga tahun akan digunakan Kementerian Pertahanan terhadap pegawai yang menguruskan pembelian peralatan dan pembinaan kemudahan berkaitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya salah guna kuasa dan sekali gus tiada pegawai berada terlalu lama di bahagian sensitif berkenaan.

Malah katanya, langkah itu juga sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menasihati kerajaan untuk meningkatkan tahap integriti isu perolehan dalam ketenteraan.

“Yang penting ialah kita mengikut saranan kerajaan bagi mereka yang berada dalam posisi yang menentukan spesifikasi aset tentera akan ditukar.

“Ini bagi memastikan tiada sesiapa pun yang kelal lama di posisi itu. Ini bermaksud setiap tiga tahun akan ada pertukaran dan kita akan lakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, pihak kementerian turut bergantung pada peruntukan yang diluluskan Kementerian Kewangan sebelum mengetahui jenis aset yang akan diperoleh.

“Saya percaya kita punyai pelbagai jenis perolehan. Sebagai ‘supreme commander’, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sememangnya mempunyai akses perkara-perkara yang kita lakukan (dalam perolehan).

“Jadi kita sentiasa beri kerjasama kepada Seri Paduka Baginda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI