fbpx

Netizen ‘anxiety’ kes bunuh bertalu-talu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hampir setiap hari media melaporkan kes pembunuhan tragis tidak kira sama ada yang melibatkan keluarga, kenalan, mahupun orang asing.

Antara kes pembunuhan yang mengundang kemarahan orang ramai adalah pembunuhan kejam kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin selain kes bunuh dan bakar ibu bapa serta anak saudara di Pagoh, baru-baru ini.

Terkini, pembunuhan kejam guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, di mana badannya dikerat-kerat sebelum dibuang di beberapa lokasi di Melaka, selain kematian anak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, 10, yang disyaki dirogol sebelum dibunuh.

Terkini, tersebar berita tentang penemuan mayat dua wanita dengan kesan kecederaan di dalam longkang belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, petang tadi.

Rata-rata orang ramai bukan sekadar meluahkan kerisauan susulan kes bunuh yang diibaratkan tidak berkesudahan, malah ada yang memaklumkan panik dan stres membaca berita-berita seumpamanya setiap hari.

“Hari-hari panik, boleh jadi stres gini,” kata Dia Alis.

“Ya Allah, penatnya baca berita macam ni hari-hari,” komen Hanim Aspar.

“Lagi (kes bunuh). Tiap-tiap hari ada sahaja kes bunuh. Dah macam tak selamat untuk keluar,” luah Hadijah Abdullah.

“Makin menakutkan. Mayat dijumpai sana sini hampir setiap hari. Apa nak jadi, makin tenat manusia sekarang ni,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI