fbpx

Mentor Herbalife bantu perkasa pengedar wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model bimbingan mentor Herbalife dapat membantu pengedar baharu mempelajari tentang selok belok perniagaan melalui bimbingan, latihan dan alat pemasaran secukupnya untuk membina perniagaan masing-masing. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak empat daripada lima wanita di rantau Asia Tenggara bercita-cita menjadi usahawan tetapi hanya tiga daripada kumpulan tersebut telah mengambil tindakan sebenar untuk memulakan perniagaan sendiri, demikian menurut sebuah kaji selidik yang dilakukan oleh Herbalife.

Mengulas mengenai kaji selidik tersebut, Naib Presiden Pasaran Baharu Muncul, Herbalife APAC, Shobie Ann King berkata, isu berkaitan kos permulaan yang tinggi untuk memulakan perniagaan adalah salah satu cabaran terbesar kumpulan usahawan berkenaan.

Bagaimanapun, cara untuk mengatasinya adalah menggunakan sumber pembiayaan mikro yang telah digunakan secara meluas oleh usahawan wanita di kebanyakan negara Asia Tenggara.

“Salah satu inisiatif yang semakin luas di Malaysia dan Filipina untuk menyalurkan dana lebih besar kepada ahli-ahli perniagaan wanita adalah menerusi pembiayaan bank.

“Skim kerajaan juga adalah satu lagi cara untuk merapatkan jurang pasaran dalam peruntukan pembiayaan kepada perusahaan milik wanita,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Ann King menerangkan, Herbalife menerangkan, bukan semua individu bersedia untuk menanggung komitmen kewangan untuk memulakan perniagaan sepenuh masa. 

Sehubungan itu, pilihan untuk meneruskan kerja harian biasa sambil meneroka peluang perniagaan bagi menyokong pendapatan seseorang kini merupakan satu pilihan yang berdaya maju.

“Usahawan menghadapi pelbagai halangan setiap hari dan antara cabaran utamanya termasuklah  meningkatkan kemahiran asas perniagaan dan ilmu digital serta menyesuaikan diri dengan proses pembelajaran yang intensif. 

“Selain itu, usahawan wanita juga mungkin menghadapi tekanan tambahan seperti kurang sokongan sosial dan ilmu kewangan dan juga ketidakpastian tentang langkah-langkah permulaan untuk diambil. 

“Dalam situasi ini, rangkaian perniagaan yang terdiri daripada komuniti atau mentor yang sedia memberikan sokongan boleh memainkan peranan penting,” ujar Ann King.

Tambah beliau, model bimbingan mentor  Herbalife dilihat dapat membantu memberi pengedar baharu latihan dan alat pemasaran secukupnya untuk membina perniagaan masing-masing.

“Mentor boleh membantu usahawan wanita baharu menghadapi tindak balas negatif daripada pelanggan dan juga berkongsi strategi untuk membantu mereka mendapatkan sambutan positif secara lebih konsisten. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI