fbpx

MCA saran saman pihak guna gambar tentera China dalam poster kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pemuda MCA meminta siasatan berhubung kesilapan meletakkan gambar tentera China untuk poster pertandingan bersempena Bulan Kebangsaan dilakukan secara telus dan adil.

Naib Ketuanya, Tan Yang Pang berkata, perkembangan siasatan perlu dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa kerana kesilapan yang amat mengecewakan rakyat Malaysia itu tidak sepatutnya berlaku.

“Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, poster berkenaan pada mulanya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa oleh guru sekolah itu pada 15 Ogos lalu.

“Timbul persoalan: Tidak adakah tapisan di peringkat sekolah terlebih dahulu sebelum poster tersebut dihebahkan? Tidak adakah sesiapa di dalam kumpulan WhatsApp itu yang menegur kesilapan tersebut?,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Yang Pang berkata, sekiranya pihak berkuasa boleh menyaman atau mengambil tindakan terhadap mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang secara salah, maka tindakan sama juga wajar dikenakan bagi kes itu.

Ujar beliau, kes tersebut malah semakin tular di media sosial sehingga berupaya mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

“Pemuda MCA menyeru kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Jadikan kejadian ini sebagai iktibar kepada semua dan pastikan ia tidak berulang lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI