fbpx

Liga Super: Kejayaan ikat KDA permulaan baik buat NSFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACQUE Faye meledak dua gol ketika NSFC mengikat KDA pada aksi di Alor Setar kelmarin. - FB NEGERI SEMBILAN FC

KETUA Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K. Nanthakumar menganggap keupayaan anak-anak buahnya mengikat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-2 di laman lawan kelmarin sebagai satu permulaan baharu kepada pasukannya bagi melakukan perubahan positif selepas ini.

Bekas tonggak pertahanan kebangsaan itu berkata, tidak banyak perkara yang mampu dilakukannya bagi menghadapi perlawanan itu memandangkan dirinya baru dua hari dilantik ke jawatan tersebut bagi menggantikan Azzmi Ab. Aziz.

Katanya, para pemain dilihat memberikan 100 peratus dalam perlawanan itu untuk terlebih dulu mendahului, sebelum kembali mengikat perlawanan setelah ketinggalan 1-2 pada separuh masa kedua.

“Sebelum datang ke sini saya katakan kepada pemain bahawa tiga mata itu bonus dan satu mata sudah cukup menggembirakan saya. Apatah lagi kita bermain di Stadium Darul Aman menentang KDA FC yang diketahui umum, sebuah pasukan cukup bagus.

“Dalam tempoh dua hari mengemudi pasukan, saya tidak mampu melakukan perubahan drastik kepada pasukan. Satu mata ini sebenarnya memang berharga buat kami,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, tempoh rehat selama sebulan selepas ini bakal dijadikan medan untuknya melakukan beberapa perubahan yang dirasakan mampu meningkatkan lagi prestasi pasukan.

“Banyak perubahan yang saya mahu lakukan dan disebabkan itu, banyak jugalah kerja yang perlu dilakukan.

“Dalam tempoh rehat selama sebulan ini, ada dua atau tiga perlawanan persahabatan sudah diatur. Di situlah kita akan melihat kesesuaiannya perubahan yang akan dilakukan,” katanya.

Sementara itu Nanthakumar berkata, dia juga sudah memulakan perbincangan bersama pihak pengurusan mengenai perubahan pemain menjelang jendela perpindahan kedua.

“Kami dah berbincang dan pihak pengurusan memberi komitmen bahawa mereka memulangkan kepada saya untuk melakukan apa-apa perubahan,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI