fbpx

Keropok beracun: Jika tidak berpuas hati lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN

JITRA – Mana-mana individu tidak berpuas hati dengan siasatan polis termasuk merasakan ada pihak lain yang perlu disiasat boleh memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan dijalankan polis tidak bersifat statik, sebaliknya sentiasa progresif bagi mengumpul bukti serta mengesahkan setiap maklumat diterima.

Menurut beliau, hal itu tidak terkecuali dalam kes melibatkan kematian dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, selepas termakan keropok bercampur bracun tikus di Kampung Padang Ubi, Kulim pada Julai lalu.

“Kalau ada dalam kalangan mereka yang disiasat itu tidak puas hati dan dia mempunyai maklumat bukan sekadar dirinya yang sepatutnya disiasat, boleh saja sampaikan perkara itu kepada polis.

“Siasatan ini bersifat bersifat progresif, bukannya statik. Tujuan siasatan adalah untuk mengesahkan maklumat, mengumpul bukti serta menyelesaikan siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk dipertimbangkan pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat negeri di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di sini hari ini.

Semalam, seorang lelaki yang direman berhubung kes itu sebelum ini memuat naik video di Facebooknya bagi menjelaskan mengenai kejadian sebenar yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI