fbpx

‘Kenyataan saya tidak melanggar mana-mana undang-undang negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapan yang dibuat semasa berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang baru-baru ini tidak bermaksud untuk menghina institusi raja.

Muhyiddin dalam satu hantaran berkata, kenyataan itu adalah berdasarkan fakta bukannya bertujuan untuk menimbulkan kecenderungan menghasut.

“Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.

“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjelaskan fakta-fakta berkaitan kenyataan saya,” katanya hari ini.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah yang melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI