fbpx

[VIDEO] Keluarga tuntut mayat tidak sempurna Cikgu Istiqomah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHARI ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Melaka, hari ini.

MELAKA – Jenazah guru yang dibunuh kejam, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, diserahkan kepada waris dalam keadaan tidak sempurna tanpa kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, perkara itu telah pun dimaklumkan kepada waris sebelum proses tuntutan itu dibuat hari ini.

“Kita telah terangkan (keadaan tidak sempurna) kepada mak dan ayah serta suami Istiqomah dan sekarang ini jenazah sedang dimandikan di Unit Forensik Hospital Melaka.

“Ada lagi bahagian (anggota badan) yang belum jumpa, bukan dalam keadaan sempurna hanya bahagian yang ditemui di peringkat awal dan kedua sahaja diserahkan kepada waris. Keluarga pun sudah dapat menerima seadanya,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka, hari ini.

Jelasnya, penemuan peringkat awal adalah anggota badan tanpa kepala, kaki dan tangan yang ditemui pada 31 Disember tahun lalu, manakala kepala dan tulang jari mangsa ditemukan selepas penangkapan suspek pada 5 Ogos lalu.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan dan pencarian anggota badan Istiqomah akan diteruskan sekiranya pihak polis menjumpai sebarang petunjuk baharu, meskipun suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini.

“Siasatan masih lagi berjalan dan jika kita dapat petunjuk baharu, kita akan dapatkan lah bukan berhenti di sini,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini suspek hanya didakwa berkaitan kes Istiqomah dan akan dibawa ke penjara Sungai Udang sehingga kes pendakwaan selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI