fbpx

Kapal China, Flipina berlanggar di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL perang China belayar di Laut China Selatan pada 16 Mei lalu. – AFP

BEIJING – Kapal China dan Filipina ‘berlanggar’ semasa konfrontasi berhampiran sebuah beting tuntutan bertindih di Laut China Selatan hari ini, lapor media Beijing yang memetik kenyataan Pengawal Pantai China.

“Walaupun amaran diberikan berulang kali daripada pihak China, kapal Filipina 4410 sengaja bertembung dengan kapal 21551 milik China,” kata saluran televisyen pemerintah, CCTV yang  memetik kenyataan jurucakap Pengawal Pantai China, Geng Yu.

Beijing terus mendesak tuntutannya ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan walaupun tribunal antarabangsa memutuskan tuntutan tersebut tiada asas undang-undang.

China dan Filipina berulang kali terlibat dalam konfrontasi di Laut China Selatan sejak beberapa bulan lalu, termasuk di sekitar lokasi sebuah kapal perang yang ditinggalkan selama bertahun-tahun oleh Manila di Beting Thomas Kedua yang kini menempatkan pasukan tentera.

“Kapal Pengawal Pantai Filipina secara haram memasuki perairan berhampiran Beting Xianbin di Kepulauan Nansha tanpa kebenaran daripada pemerintah China,” kata laporan CCTV, menggunakan nama China untuk Beting Sabina dan Kepulauan Spratly.

“Pengawal Pantai China mengambil langkah kawalan terhadap kapal Filipina tersebut mengikut  undang-undang.”

China menuduh kapal Filipina itu bertindak dengan cara tidak profesional dan berbahaya, mengakibatkan perlanggaran singkat berlaku.

“Kami dengan tegas memberi amaran kepada pihak Filipina supaya segera menghentikan pelanggaran dan provokasinya,” Yu dipetik sebagai berkata.

Agensi berita  Xinhua melaporkan bahawa kejadian itu berlaku pukul 3.24 pagi tadi. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI