fbpx

Jenazah Rozaid selamat dikebumikan di Presint 20, Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Rozaid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya pukul 10.50 pagi tadi. -Foto oleh MUHAMMAD ILHAM SYIR’ABBASY ZAKARIA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Jenazah Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, pukul 10.50 pagi tadi.

Lebih 200 orang hadir memberi penghormatan terakhir termasuk ahli keluarga arwah dan warga Pejabat Pejabat Menteri (PMO).

Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohd. Fauzi Md. Isa dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Jenazah Allahyarham terlebih dahulu dimandi dan disolatkan di Masjid Putra Heights, Subang Jaya, Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi tadi yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Rozaid menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya petang semalam akibat masalah jantung.

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO dalam kenyataan semalam memaklumkan allahyarham yang berusia 59 tahun sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak 1 Julai lalu.

Allahyarhan juga telah dibenarkan keluar hospital pada 6 Ogos lalu. Allahyarham dilantik menjawat tugas sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023.

Rozaid berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun dan memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI