fbpx

‘Jalani hidup bersama mama sebuah kebahagiaan tiada tandingan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella Astillah sangat menghagai jasa ibunya dalam membesarkan anak-anak.

PETALING JAYA – Dibesarkan dengan sempurna, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menzahirkan terima kasih kepada ibunya, Siti Zarina Astillah atas pengorbanan dan kasih sayangnya yang dicurahkan.

Mahu tua bersama, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, berkata, dirinya bersyukur mempunyai ibu yang setia di sisi dalam apa juga keadaan.

“Menjalani hidup bersama mama adalah sebuah kebahagiaan yang tiada tandingannya.

“Semoga kita menua bersama mama,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu juga menyifatkan ibunya sebagai wanita hebat, kuat dan tidak pernah berputus asa membanting tulang demi membesarkan anak-anak.

“Mama sangat hebat. Dari saya kecil masa di Sabah, saya tengok mama kerja kuat, sabar, baik dan rajin.

“Sehinggalah ke hari ini dia masih sama. Dia setia, sentiasa di samping Bella.

“Terima kasih selalu ada dan menyayangi Kak Long,” ujarnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu selain memuji sifat mulia dimiliki ibunya itu yang dikatakan cukup berbeza dengan perangai bekas ibu mentuannya.

“Suka tengok mama Bella yang menyokong, mendoakan anak secara senyap-senyap. Nasihat tanpa perlu pamer ke seluruh dunia. Doa dia dalam diam sebagai senjata mempertahankan anaknya,” komen netizen itu.

“Bagus Mama Bella ini, tak pernah dengar dia bersuara apa-apa. Berbeza dengan yang belah sana, tutup litup sempurna, tapi tak boleh tutup aib sendiri. Mudahan yang di sini nanti diangkat lagi tinggi darjatnya,” demikian antara komen pengguna media sosial.

Bella merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Adiknya Didi Astillah juga merupakan seorang penyanyi dan seorang lagi adik bernama Eriqa Astillah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI