fbpx

Jaga adik baik-baik- Anak Allahyarham Rozaid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roz Ariffin ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD ILHAM SYIR’ABBASY ZAKARIA / KOSMO!

PUTRAJAYA – “Arwah pesan suruh jaga adik-adik dengan baik. Jaga keluarga dan pastikan semua dijaga dengan baik,” kata Roz Ariffin Rozaid, 33, anak kepada Allahyarham Rozaid Abdul Rahman.

Roz Ariffin ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, di sini berkata, arwah kelihatan sihat selepas dibenarkan keluar dari hospital minggu lalu.

“Setakat minggu lepas semuanya baik sebab baru keluar hospital dan makan ubat yang diberi oleh doktor.

“Sepatutnya hari ini, arwah ada pemeriksaan kesihatan susulan dekat hospital,” katanya hari ini.

Allahyarham Rozaid meninggalkan seorang isteri, Norliza Radzi, 56, dan tujuh anak masing-masing berusia 17 hingga 33 tahun berserta seorang cucu perempuan berusia 20 bulan.

Allahyarham Rozaid menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya petang semalam akibat masalah jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI