fbpx

IPD Perak Tengah lupus 985 mesin bitcoin bernilai RM1.97 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFEZUL Helmi menunjukkan barang kes perlombongan bitcoin untuk dilupuskan di IPD Perak Tengah di Seri Iskandar hari ini.

PARIT – Sebanyak 985 mesin serta peralatan perlombongan bitcoin bernilai kira-kira RM1.97 juta yang dirampas di sekitar daerah ini dilupuskan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, semua mesin dan peralatan itu membabitkan kes rampasan antara tahun 2022 hingga April 2024.

Katanya, pelupusan tersebut dibuat bagi barang-barang kes yang telah mendapat kelulusan pelupusan daripada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai prosiding di mahkamah.

“Semua mesin dan peralatan ini adalah hasil daripada 12 kes dan serbuan yang dijalankan di lot-lot kedai di sekitar Seri Iskandar sejak tahun 2022 hingga April lalu.

“Seramai dua lelaki warga tempatan ditangkap dalam serbuan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan menyebabkan kerugian serta Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Program Pelupusan Barang Kes Bitcoin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar, di sini hari ini.

Menurut beliau, proses pelupusan dilakukan oleh ejen berlesen dan berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Syarikat Pandamaran Jaya Motor Klang, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI