fbpx

Hujan lebat hampir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir hampir di seluruh negara, petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka berlangsung sehingga pukul 6 petang.

Antara negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka yang meliputi seluruh kawasan.

“Turut terlibat adalah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan dan Pekan).

“Menerima cuaca buruk sama adalah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau),” kata kenyataan itu.

Dalam masa sama, MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berlaku di Johor, Sarawak dan Sabah.

“Tidak ketinggalan adalah Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Sabah juga diramal hujan lebat di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Sandakan),” kata kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI