fbpx

Bahana hina Orang Asli, guru wanita disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Seorang guru sekolah agama di negeri ini disiasat selepas mengeluarkan komen didakwa merendah-rendahkan Orang Asli susulan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang, Kelantan semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Putra Hashim berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangan yang melanggar peraturan-peraturan berkuat kuasa.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan Subperaturan 19(1)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] berkaitan Pernyataan Awam.

“Berdasarkan peraturan itu, seseorang pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan dan keputusan kerajaan tentang apa-apa isu,” katanya hari ini

Menurut Putra, kes tersebut akan dirujuk Para 5.3 (iii), Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 11 Tahun 2023 Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Kementerian Pendidikan (KPM).

Jelasnya, kakitangan KPM tidak boleh membuat atau berkongsi sebarang pernyataan yang menyentuh perkara yang boleh menjejaskan imej dasar kerajaan, maklumat tidak sahih, maklumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah.

“Oleh itu pemantauan akan dilaksanakan terhadap guru terlibat dan pelaporan akan dibuat oleh Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) JPN Negeri Sembilan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI