fbpx

Fazziq Muqris nafi kurus sebab ubat diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZZIQ memilih untuk kurus secara semulajadi dengan mengamalkan diet seimbang berbanding melakukan jalan pintas.

PETALING JAYA – Penyampai radio, Fazziq Muqris menyangkal dakwaan dia mengambil ubat diabetes jenis ozempic untuk cepat kurus.

Menurut Fazziq atau nama lengkapnya Muhammad Fazziq Muqris Mohd Shariff, 24, dia tidak akan pernah memilih jalan pintas untuk cepat kurus kerana sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Ramai sahaja yang cadangkan supaya saya ambil ubat-ubat tertentu untuk cepat kurus termasuklah ozempic. Tetapi, saya tak akan ambil semata-mata nak cepat kurus.

“Saya lebih sukakan kurus secara semula jadi. Saya ada latar belakang dalam bidang olahraga dann pemain bola, perenang dan pelari marathon.

“Saya tahu cara yang lebih sesuai untuk turunkan berat badan iaitu dengan bersenam. Jadi buat apa saya nak ambil ozempic. Lagi pun kita tak tahu benda itu selamat ataupun tidak dengan kita,” katanya kepada Kosmo Online! baru-baru ini.

Tambah bintang yang lahir dari program Pencarian Hero Remaja 2021 ini lagi, selain bersenam, dia turut mengamalkan diet seimbang.

“Sebenarnya sudah dua tahun saya tidak mengambil minuman manis. Kalau lepak kedai mamak kawan-kawan semua pesan air teh o ais, extra joss dan macam-macam lagi , tapi saya cuma akan minum air kosong atau air lemon.

“Itu salah satu cara untuk saya ‘detox’. Kalau saya minum jus buah saya akan pastikan tiada gula.

Pernah dilabel sedang sakit gara-gara kelihatan semakin kurus, kongsi Fazziq dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram.

“Kini berat saya 62 kilogram. Saya tak sakit seperti yang didakwa.

“Sebenarnya saya turunkan berat badan untuk menjayakan watak dalam filem terbaharu, Kahar: Kapla High Council. Bermula dari 2 Syawal saya mula diet dan bersenam sebagai persediaan sebelum mulakan penggambaran.

“Alhamdulillah saya diberi peluang untuk terlibat dalam filem ini selepas menjayakan versi drama. Kali ini saya sahut cabaran untuk membuat perubahan dari segi fizikal memandangkan filem ini adalah prekuel,” ujarnya.

Sekadar info, pengambilan ozempic kini kian menjadi pilihan ramai terutamanya selebriti di Hollywood untuk memiliki tubuh langsing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI