fbpx

EPL: Langkah kanan Slot di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH melengkapkan kemenangan Liverpool menerusi gol kedua ketika membenam cabaran Ipswich pada aksi kelmarin. - AFP

IPSWICH – Liverpool berjaya mempamerkan aksi meyakinkan ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Ipswich Town pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Portman Road malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, The Reds terpaksa memperkemaskan permainan di separuh masa kedua sebelum menjaringkan dua gol menerusi Diogo Jota dan Mohamed Salah, sekali gus membawa pulang tiga mata berharga.

Pengurus Liverpool, Arne Slot berpuas hati dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya meskipun pada awalnya mereka dilihat bergelut untuk menembusi benteng pertahanan pasukan tuan rumah.

“Berhubung perlawanan hari ini (kelmarin), saya akui pada separuh masa pertama tidak banyak aksi yang ditampilkan kerana Ipswich menampilkan permainan cukup baik dan meletakkan kami dalam tekanan.

“Bagaimanapun, aksi separuh masa kedua lebih berbeza dan sangat menghiburkan. Mereka (Ipswich) tidak dapat bertahan dengan tempo yang diterapkan, jadi saya sangat berpuas hati,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan kegagalan untuk mendapatkan khidmat pemain Real Sociedad, Martin Zubimendi menjadi salah satu punca mereka gagal mengawal bahagian tengah yang jelas dikuasai Ipswich.

“Saya tidak fikir masalah yang kami hadapi di separuh masa pertama adalah pada bahagian tengah. Semua pemain sudah menampilkan aksi terbaik, mungkin ketika itu menyesuaikan diri dengan permainan,” ujar Slot. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI