fbpx

EPL: Aston Villa bukti miliki keinginan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAN muncul wira Villa dengan meledak gol kemenangan ketika menewaskan West Ham awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Aston Villa menampilkan aksi cukup baik ketika mencatat kemenangan 2-1 ke atas West Ham United pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium London awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Villa memastikan tiga mata menjadi milik mereka menerusi jaringan yang dilakukan Amadou Onana dan Jhon Duran, manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan Lucas Paqueta.

Pengurus Villa, Unai Emery memuji peranan semua pemain pada perlawanan itu selain menganggap sokongan yang diberikan penyokong mereka menjadi salah satu faktor kemenangan pasukan tersebut.

“Satu perlawanan yang sangat hebat. Saya gembira dengan kemenangan ini selain bangga dengan semua penyokong yang ada di stadium kerana mereka sanggup datang ke sini untuk menyaksikan perlawanan pertama kami.

“Saya gembira kerana kami dapat memulakan saingan musim ini dengan tiga mata tetapi kami perlu fokus pada perlawanan seterusnya menentang Arsenal. Secara jujur, perlawanan hari ini (semalam) bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Sementara itu, beliau juga bangga dengan aksi ditampilkan pemain-pemain muda seperti Ian Maatsen dan Jacob Ramsey apabila langsung tidak kekok biarpun berdepan pemain lebih berpengalaman.

“Kami memiliki pemain-pemain muda yang berpotensi. Sangat penting untuk saya berikan peluang kepada mereka membuktikan kemampuan masing-masing dan mereka melaksanakan tugas dengan baik,” ujar Emery. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI