fbpx

EPL: Al Hamadi cipta sejarah bola sepak Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL HAMADI

IPSWICH – Penyerang Ipswich Town, Ali Al Hamadi mencipta sejarah apabila menjadi pemain Iraq pertama yang membuat penampilan di Liga Perdana Inggeris ketika pasukan itu turun menentang Liverpool Sabtu lalu.

Al Hamadi dimasukkan dari bangku simpanan pada minit ke-74 pada aksi yang berlangsung di Portman Road yang berakhir dengan Ipswich menanggung kekalahan 0-2 ketika Liverpool meraih jaringan menerusi Mohamed Salah dan Diego Jota.

Skuad kendalian Kieran McKenna itu berjaya mempamerkan aksi yang cukup luar biasa dalam tempoh sejam sebelum gawang mereka dibocori pada minit ke-60 dan 65.

Biarpun dimasukkan sebagai pemain gantian, Al Hamadi dilihat tidak begitu kekok apabila berjaya melakukan beberapa gerakan termasuk dua kali melakukan percubaan ke arah gawang Liverpool untuk menguji Alisson Becker.

Menentang Liverpool juga cukup istimewa buat Al Hamadi yang turut dibesarkan di kawasan Merseyside selepas mengikuti kedua ibubapanya yang berhijrah ke negara itu, malah dia sebelum ini turut mencuba nasib menyertai The Reds dan Everton.

Bagaimanapun, nasibnya tidak begitu baik sebelum menyertai Tranmere Rovers dan kemudiannya diterima masuk ke akademi Swansea City.

Kontrak profesional pertama Al Hamadi adalah bersama Wycombe Wanderer sebelum berhijrah ke Wimbledon dan meledak 27 gol dalam 48 perlawanan sekali gus menarik minat Ipswich untuk mendapatkan khidmatnya dengan harga £1 juta (RM5.73 juta) Januari lalu.

Bersama skuad kebangsaan Iraq, Al Hamadi yang baharu berusia 22 tahun berjaya meledak tiga gol dalam 12 penampilan. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI