fbpx

‘Dia banyak bercakap, menghasut tapi saya sudah maafkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORANIZA IDRIS sehabis baik cuba menyelesaikan masalah dalaman penganjuran konsert yang bakal berlangsung bulan depan.

PETALING JAYA – Penyanyi Noraniza Idris berdepan tekanan emosi berikutan kemelut penarikan diri pengarah persembahan dan penulis skrip, Anwar Rusdini daripada Konsert Qalam Noraniza Idris yang dijadual berlangsung bulan depan.

Meskipun sulit, Noraniza, 56, bagaimanapun mengakui sudah memaafkan individu itu selain berusaha menyelesaikan perbalahan mereka.

“Kalau dari segi memberi kesan banyak melibatkan emosi sebab saya adalah pengarah projek dan saya juga adalah penyanyi utama.

“Jadi bila saya mahu serahkan tugas pada seseorang, dia kena faham A sehingga Z. Kalau dia tak faham secara keseluruhannya, susah.

“Saya sudah maafkan dia. Mungkin dia ada masalah peribadi jadi maafkan sajalah dia. Saya tidak pernah melantik sesiapa. Belum lagi. Sampai hari ini belum lagi.

“Kita baru ada draf dan nak agihkan pada bulan ini,” katanya kepada Kosmo! Online selepas Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).

Mengharapkan konsert yang bakal berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka bulan depan berjalan lancar, Noraniza mengakui dikritik teruk tindakan pengunduran diri Anwar.

“Saya tahu dia banyak bercakap dan menghasut sekretariat persembahan semua. Jadi saya cakap pada mereka yang mana sudah 10 tahun dengan saya, mereka rasa saya macam mana. Jadi orang yang baru datang 10 hari ini, saya tak boleh nilaikan macam mereka yang sudah lama dengan saya.

“Sebab saya ini kalau sesuatu perkara itu tidak selesai, saya serabut. Jadi kalau ada masalah di mana sekretariat persembahan kita tak selesa, salahnya pada saya sebab saya pengarah projek.

“Disebabkan itu maafkan dia tapi ada benda yang saya masih bincangkan dengan sekretariat persembahan, namun saya tak boleh umumkan.

“Saya bawa konsert di bawah persatuan dan ini juga program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Jadi walaupun konsert, ini juga adalah projek CSR dan saya mengawasi setiap jawatankuasa yang ada,” katanya.

Konsert tersebut merupakan anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kesenian, Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka dan NIPV Management Sdn Bhd.

Terdahulu timbul dakwaan Noraniza memecat pengarah persembahan, Anwar. Bagaimanapun Anwar awalnya mendakwa dipilih sebagai penulis skrip, tetapi menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai pengarah persembahan berikutan kekurangan tenaga kerja.

Noraniza turut menafikan memecat Anwar, sebaliknya Anwar sendiri yang mengambil keputusan menarik diri daripada projek berkenaan dengan meninggalkan mesej dalam WhatsApp.- KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI