fbpx

‘Bukannya saya buka durian pakai gigi, apa salah saya?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan.

PETALING JAYA – “Pakai la gigi palsu, oi! Hilang selera!.”

Demikian kata-kata hinaan yang diterima seorang lelaki yang gigih mencari rezeki sebagai penjual durian di tepi jalan.

Menerusi video dikongsikan peniaga berkenaan yang menggunakan nama Pakbenfruitmelaka di TikTok, dia seolah-olah kecewa dengan komen oleh pengguna wanita terbabit.

Video itu turut memaparkan proses membuka durian oleh lelaki tersebut dengan cara yang betul dan bersih untuk dimasukkan ke dalam bekas sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

“Apa salah saya ya kak? Saya buka (durian) bukan pakai gigi,” tulisnya ringkas pada video tersebut.

Perkongsiannya itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan wanita berkenaan tidak sepatutnya menghina orang lain.

“Awak ni memang terpaling sempurna ke sampai nak kena komen orang lain mcam tu?,” kata seorang pengguna.

“Apa kaitan gigi palsu dengan buka durian?,” soal @ElvinnA.

“Kak telah membuat para lelaki tak ada gigi kecil hati tau,” balas @Hanizanor Mohamed.

“Tak kan lepas ni nak beli durian kena ‘check’ gigi penjual dulu? Kau makan durian sambil tengok gigi orang ke kak,” sindir seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI