fbpx

Bapa seronok kahwin lain, anak terbiar tidur tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kao tidur berseorangan di tepi pantai dalam keadaan gelap gelita. - Khaosod

BANGKOK – Seorang budak lelaki ditemui sedang tidur berseorangan di tepi sebuah pantai di Koh Samui selepas diabaikan bapanya yang berkahwin lain, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Seorang pengguna TikTok memuat naik video memaparkan detik dia menemui kanak-kanak bernama Kao tersebut, tidur di atas pasir dalam keadaan gelap.

Pengguna menggunakan akaun @chawavepetprom itu kemudian mengejutkan Kao sebelum kanak-kanak tersebut memberitahu lokasi rumahnya.

Mereka kemudian berjanji untuk bertemu di rumah Kao pada keesokan harinya.

Pada hari yang dijanjikan, lelaki tersebut pergi ke rumah Kao dan dia terkejut melihat keadaan kediaman kanak-kanak itu yang daif.

Rumah tersebut tidak mempunyai bekalan air dan elektrik, manakala ibu dan adik Kao yang masih bayi berada dalam keadaan tidak terurus.

Bayi tersebut mempunyai kesan gigitan nyamuk di seluruh badannya dan berbaring di atas lantai tanpa memakai baju.

Ibu Kao pula berada dalam keadaan tidak terurus dan kelihatan seperti tidak siuman serta bercakap dalam bahasa yang sukar difahami.

Menurut beberapa jiran, Kao, ibu dan adiknya hidup dalam keadaan miskin tegar selepas bapanya berkahwin lain dan meninggalkan mereka.

Keadaan itu menjadi penyebab mengapa Kao sering tidur di luar rumah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI